KUALA LUMPUR:Sebelas pegawai kanan dan rendah polis akan dikenakan tindakan tatatertib berikutan laporan kes rogol di lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak, Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya.
Beliau berkata kesemua mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati gagal serta cuai menjalankan tugas.
“Tindakan tatatertib ini akan diambil oleh JIPS (diturunkan pangkat atau dibuang kerja),” katanya dalam kenyataan semalam.
Zamri berkata pihaknya menerima dua laporan polis iaitu laporan pertama dibuat oleh seorang anggota polis yang melibatkan kejadian rogol, manakala laporan kedua dibuat oleh mangsa rogol yang mendakwa kejadian itu berpunca daripada kecuaian polis.
“Kedua-dua kertas siasatan yang dibuka telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan dituduh,” katanya.
Zamri berkata seorang lelaki berumur 19 tahun dituduh di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 12 Jan, manakala bagi laporan kedua pula, kedua-dua anggota polis yang bertugas menjaga lokap itu ditahan kerja bermula 14 Jan dan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 pada 9 Feb.
“JIPS telah menjalankan siasatan tatatertib bagi menyiasat kecuaian dan salah laku dalam kejadian itu,” katanya.
BACA: Ambil serius insiden rogol di lokap, agar tidak berulang - Zuraida
BACA: Tahanan dirogol di dalam lokap, dua anggota polis Miri digantung tugas
BACA: Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Pada Januari lepas, Senator Alan Ling Sie Kiong menerusi hantaran di akaun Facebook milik beliau mendedahkan satu laporan dibuat oleh seorang remaja perempuan di Balai Polis Pusat Miri mendakwa dirinya dirogol oleh tahanan lain semasa berada di lokap balai berkenaan.
Sementara itu Zamri berkata JIPS memandang serius beberapa dakwaan kejadian gangguan seksual melibatkan petugas sekatan jalan raya yang tular di media sosial baru-baru ini.
Beliau berkata tindakan tegas daripada sudut jenayah dan tatatertib akan diambil terhadap semua yang terlibat jika didapati bersalah.
“Kesemua yang terlibat telah dikeluarkan daripada menjalankan tugas SJR sehingga siasatan selesai,” katanya.
Pada Ahad, tular di media sosial seorang wanita dalam ciapan Twitternya mendakwa mengalami gangguan seksual ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Duta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021
Zamri berkata pihaknya menerima dua laporan polis iaitu laporan pertama dibuat oleh seorang anggota polis, manakala laporan kedua dibuat oleh mangsa rogol. - Gambar fail
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta
Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari lalu.
10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Pusat hiburan diserbu, GRO bersama pengurus ditahan
Seorang pengurus pusat hiburan serta 15 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan di sini pada Sabtu.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.